Wednesday, April 18, 2012

Cantik itu bukan alasan utama untuk bernikah.

Memang ramai lelaki yang mengkagumi dan memandang kepada kecantikan. Tak banyak pun mesti ada sikit. Tipulah kalo tak de. Kemudian menjadikannya sebagai kayu pengukur kepadanan. Kecantikan diluar memmang indah, tapi ia akan luntur apabila ia semakin lama dimamah usia. So bagi yang perempuan tu pakai make-up setebal mana pun dan semahal mana pun harga make-up tu kenalah fikirkan statement ni.
Masa muda (time pakai make-up). Ayat yang selalu keluar dari orang :
" ish lawalah die die ni, cair plak rase arini.putih plak tu"
Bila makin dimamah usia (make-up pun da jarang). Ayat yang selalu keluar dari orang :
" eh dulu bkn kau lawa ker, putih. rupanya make-up kau yang buat kau lawa."
Jadinya, cuba kita selami diri ini apa yang kita nak jadikan diri kita ini seorang yang cantik. Utamakanlah kecantikan di dalam iaitu kecantikan hati.
Bagi lelaki yang ingin mencari perempuan untuk mereka nikahi kenali peribadinya secara menyeluruh. Pasti anda akan merasa tenang dan bahagia bersamanya.
Apa yang harus dipelajari adalah, adakah dia termasuk orang yang jujur dan tulus ataupun tidak. kerana dua sifat ini sangat penting dalam membina sebuah hubungan. Kejujuran sangat penting dalam membina sebuah hubungan. Kejujuran sangat diperlukan untuk mengawal sebuah perasaan bernama cinta. Kerana ia akan membenarkan yang benar, berani berkomitmen dan selalu berfikir perkara yang positif.

"Janaganlah kamu menikahi wanita erana kecantikannya, mungkin sahaja kecantikan itu akan membuatkan kamu hina. Jangan kamu menikahi wanita keraa hartanya atau takhtanya, mungkin sahaja harta atau takhtanya akan membuatkan kamu melampui batas. Akan tetapi nikahilah keranan agamanya.Sebab, seorang wanita yang solehah, meskipun buruk wajahnya adalah lebih utama."
(H.R Ibnu Majah)

Wanita juga ada seperti ini. Ada antara mereka yang lebih menekankan kepada aspek fizikal. Memilih pada dasar rupa dan senyuman yang mempesona, tubuh yang sasa dan wajah yang menawan setiap gadis. Tetapi sebenarnya yang diperlukan adalah lebih dari semua itu. Kerana ketampanan itu akan segera hilang apabila ia tidak mempunyai kematangan. Kecekapan juga akan hilang manakala dia seorang yang pemarah dan tidak dapat mengawal emosinya kerana terlalu mengikut kata hatinya yang tidak tetap. Wanita lebih memerlukan rasa tenang,daripada sekadar wajah yang tampan.

Wanita lebih memerlukan hati daripada penampilan fizikal. Ia lebih memerlukan perlindungan dan rasa tanggungjawab serta kepimpinan. Penampilan seharusnya bukan menjadi alasan utama dalam menentukan pilihan. Wanita lebih memerlukan seorang pemimpin yang mampu mengarahkannya hidupnya menjadi lebih baik.