Saturday, December 1, 2012

Solat

02/12/2012
Hati ini barulah terdetik hati nak buka plastik buku yang dah lama beli
"Anakku...Hidup sekali biar bererti"
Kesuluruhannya bolehlah bagi sesiapa yang suka baca buku motivasi. Sape yang tak suka tu mesti dalam 5 minit baca mesti dah nak tidur.
Seronok juga kandungan buku ni. Bayak kata pesanan terutama pujangga islam..
Bab-bab awal banyak menekankan kepada sembahyang. Bila muhasabah diri balik, terfikir jugak, sempurnakah apa yang aku sembahyang selama ini. Adakah kerana ikhlas atau sekadar mengisi kekosngan atau sekadar menunaikan kewajipan? Sedangkan solat itu menunjukkan tanda kita bersyukur atas apa yang Allah telah berikan kepada kita.
So... sama-samalah kita muhasbah diri bersama.

P/s : Belum habis lagi baca buku ni jadi tak dapat nak kongsi banyak-banyak.

Wednesday, November 21, 2012

DOA




 salam...

lets upgrade our doa.. moga-moga mendapat lebih keberkatan dalam kehidupan kita seharian...






Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Allahumma inni a'udzubika minal hammi wal-hazan 
Ya Allah, aku mohon dijauhkan sedih & gelisah
wa a'udzubika minal 'ajzi wal kasali
dan aku mohon jauhkan dari gopoh & malas
wa a'udzubika minal jubni wal bukhli
dan jauhkan dari menjadi penakut & kedekut
wa a'udzubika min ghalabatid dayni
dan jauhkan dari belenggu hutang
wa qahrir rijal
dan paksaan orang lain
amin...

waiting...


In Shaa Allah... struggle for these...





















semoga yang baik itu akan dipermudahkan.. amin




Saturday, November 10, 2012

stress


happy sunday guys...




bile tak online rase nak update blog...

bile da online.. rasa blank tak taw nak type ape....



apa pon tak bole...

Friday, September 21, 2012

hati yang kau miliki


Setelah lama menyepi, akhirnya kembali untuk meneruskan coretan disini. Kali ini ingin ku ungkapkan mengenai satu anggota organ badan yang indah ciptaannya bernama sekeping HATI. Hati ini acapkali dikaitkan mengenai cinta. Jadi coretan kali ini adalah mengenai hati di bawah naungan cinta.
Berlinang air mataku apabila membaca satu cerita yang berkaitan anggota khas yang Allah kurniakan untuk kita ini…

Suatu ketika, seorang pemuda yang tampan berdiri di tengah – tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat hatinya setinggi yang bole agar  kilauan dari hati yang ndah itu dapat dilihat  oleh orang lain di sekiarnya.

Tersebar bicara kekaguman orang ramai. Sememangnya hati pemuda itu, tiada cacat celanya. Tidak carik walau sedikit pun. Permukaannya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah sempurna seorang anak muda.

Pemuda tampan itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakannya semakin kuat meuar-uarkan betapa indah sekeping hati yang dimilikinya.

Tiba- tiba, ditengah – tengah keriuhan itu, muncul seorang tua. Langkahnya perlahan menuju kearah pemuda tampan. Lagaknya, seolah-olah dia mahu membicarakan sesuatu.

“wahai anak muda, mengapa kulihat mu hamper tidak seindah hatiku?’ orang tua tersebut bertanya dalam nada suara yang agak lemah tetapi penuh keyakinan. Orang ramai dan si pemuda mulai berkeliling mengerumini orang tua.

Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hatinya, tetapi hati itu dipenuhi luka. Di satu sisi, kelihatan permukaannya bertampal-tampal/ ada potongan hati yang diambil dan ada potpngan yang lain dimasukkan kedalamnya, tetapi ia kelihatan tidak berpadanan. Pada satu sudut yang lain, terdapat pula beberapa tanda patah. Bahkan, di beberapa tempat, terdapat lubang yang dalam, di mana seluruh bahagian permukaannya telah hilang.

Melihat itu, orang ramai saling berpandangan…

“Bagaimana orang tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya lebih indah?” fikir meraka. Sementara itu, pemuda tampan tertawa.
“Tentu engkau bergurau., wahai orang tua,” katanya.
“Kalau dibandingkan hatimu dan hatiku, apa yang aku ada ini adalah sangat sempurna, sedangkan keupayaanmu begitu berantakan dengan bekas-bekas luka dan air mata,” lanjutnya lagi.
“Ya, memang benar,” tukas si tua penuh kesabaran.
“Keupayaanmu adalah sempurna, namun aku tidak sesekali akan menukarnya dengan hatimu. Andai saja kau lihat wahai anak muda, setiap bekas luka dihatiku ini mewakili setiap orang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka  memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi keran potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.
“Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami.” Panjang lebar bicara orang tua. Si pemuda tampan terpaku mendengar patah perkataannya.
“Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi orang yang kuberikan potongan hatiku itu tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku. Iniah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan. Walaupun bekas robekan itu menyakitkan, ia akan tetap terbuka lantas mengingatkanku tentang cinta yang aku masih miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar ia disisi.

“Nah, sekarang fahamkah engkau tentang kecantikan sejati?” Si tua mengakhiri kata-katanya.

Pemuda tampan it uterus terdiam. Dia menundukkan kepala dengan air mata mengalir di pipinya. Dia menghampiri orang tua, mengambil hatinya yang sempurna, muda dan cantik itu dan merobek keluar satu potongan darinya. Dia menawarkan potongan tersebut kepada orang tua dengan tangan gentar.

Si tua itu menerima pemberian tersebut lalu meletakkannya pada hatinya dan kemudian mengambil pula sepotong dari bekas luka lama di hatinya dan menempatkannya untuk menutup luka dihati pemuda itu.

Sungguhpun ia sesuai, ia tidak sempurna, kerana ada beberapa kesan patah. Orang muda itu menatap hatinya yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah daripada sebelumnya, lantaran cinta dari hati orang tua itu kini mengalir kepada hatinya. Mereka bergandingan dan berjalan bersama meninggalkan orang ramai yang terus terpaku dengan peristiwa menginsafkan itu.




Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan Kareem

sedar tak sedar dah masuk bulan Ramadhan 1433H,bermaksud sudah 12 hari kita berpuasa, ... bersyukur ke  hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan..(ayat penuh touching..huhuhu)




awat rasa cam skema sgt ayat aku neh.hihi bila posa ni byak benda yang kita jarang buat, akan kita buat.paham dak?hehe contohnya bulan posa ni la ramai yang dok bagi sumbangan, bersedekah, banyak baca love letter from Allah, rajin p tarawih dan  macam- macam lagi la..kang aku cita banyak-banyak korang malas nak baca pulak.


 actually aku share sikit kat angpa fadhilat yang kita dapat bila kita dok p tarawih tu...moga-moga kita sama- sama beroleh keberkatan dariNya.. 




fadhilat bagi orang- orang yang mengerjakan solat tarawih;



Malam
Kelebihannya
1 Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya
2 Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin
3
Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.
4 Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5 Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin
6 Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama
memohonkan ampun baginya
7 Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman
8 Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam
9 Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
10 Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat
11 Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa
12 Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama
13 Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan
14 Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
15 Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.
16 Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga
17 Di beri pahala seperti pahala para Nabi
18 Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
19 Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
20 Di beri pahala para syuhada dan salihen
21 Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.
22 Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan
23 Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga
24 Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan
25 Di hapuskan dari seksaan kubur.
26 Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun
27 Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.
28 Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga
29 Diberi pahala seribu haji yang mabrur
30 Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.

Wednesday, April 18, 2012

Cantik itu bukan alasan utama untuk bernikah.

Memang ramai lelaki yang mengkagumi dan memandang kepada kecantikan. Tak banyak pun mesti ada sikit. Tipulah kalo tak de. Kemudian menjadikannya sebagai kayu pengukur kepadanan. Kecantikan diluar memmang indah, tapi ia akan luntur apabila ia semakin lama dimamah usia. So bagi yang perempuan tu pakai make-up setebal mana pun dan semahal mana pun harga make-up tu kenalah fikirkan statement ni.
Masa muda (time pakai make-up). Ayat yang selalu keluar dari orang :
" ish lawalah die die ni, cair plak rase arini.putih plak tu"
Bila makin dimamah usia (make-up pun da jarang). Ayat yang selalu keluar dari orang :
" eh dulu bkn kau lawa ker, putih. rupanya make-up kau yang buat kau lawa."
Jadinya, cuba kita selami diri ini apa yang kita nak jadikan diri kita ini seorang yang cantik. Utamakanlah kecantikan di dalam iaitu kecantikan hati.
Bagi lelaki yang ingin mencari perempuan untuk mereka nikahi kenali peribadinya secara menyeluruh. Pasti anda akan merasa tenang dan bahagia bersamanya.
Apa yang harus dipelajari adalah, adakah dia termasuk orang yang jujur dan tulus ataupun tidak. kerana dua sifat ini sangat penting dalam membina sebuah hubungan. Kejujuran sangat penting dalam membina sebuah hubungan. Kejujuran sangat diperlukan untuk mengawal sebuah perasaan bernama cinta. Kerana ia akan membenarkan yang benar, berani berkomitmen dan selalu berfikir perkara yang positif.

"Janaganlah kamu menikahi wanita erana kecantikannya, mungkin sahaja kecantikan itu akan membuatkan kamu hina. Jangan kamu menikahi wanita keraa hartanya atau takhtanya, mungkin sahaja harta atau takhtanya akan membuatkan kamu melampui batas. Akan tetapi nikahilah keranan agamanya.Sebab, seorang wanita yang solehah, meskipun buruk wajahnya adalah lebih utama."
(H.R Ibnu Majah)

Wanita juga ada seperti ini. Ada antara mereka yang lebih menekankan kepada aspek fizikal. Memilih pada dasar rupa dan senyuman yang mempesona, tubuh yang sasa dan wajah yang menawan setiap gadis. Tetapi sebenarnya yang diperlukan adalah lebih dari semua itu. Kerana ketampanan itu akan segera hilang apabila ia tidak mempunyai kematangan. Kecekapan juga akan hilang manakala dia seorang yang pemarah dan tidak dapat mengawal emosinya kerana terlalu mengikut kata hatinya yang tidak tetap. Wanita lebih memerlukan rasa tenang,daripada sekadar wajah yang tampan.

Wanita lebih memerlukan hati daripada penampilan fizikal. Ia lebih memerlukan perlindungan dan rasa tanggungjawab serta kepimpinan. Penampilan seharusnya bukan menjadi alasan utama dalam menentukan pilihan. Wanita lebih memerlukan seorang pemimpin yang mampu mengarahkannya hidupnya menjadi lebih baik.