Setelah lama menyepi, akhirnya kembali untuk meneruskan
coretan disini. Kali ini ingin ku ungkapkan mengenai satu anggota organ badan
yang indah ciptaannya bernama sekeping HATI. Hati ini acapkali dikaitkan
mengenai cinta. Jadi coretan kali ini adalah mengenai hati di bawah naungan
cinta.
Berlinang air mataku apabila membaca satu cerita yang
berkaitan anggota khas yang Allah kurniakan untuk kita ini…
Suatu ketika, seorang pemuda yang tampan berdiri di tengah –
tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu
diangkat hatinya setinggi yang bole agar
kilauan dari hati yang ndah itu dapat dilihat oleh orang lain di sekiarnya.
Tersebar bicara kekaguman orang ramai. Sememangnya hati
pemuda itu, tiada cacat celanya. Tidak carik walau sedikit pun. Permukaannya licin
sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah sempurna seorang anak muda.
Pemuda tampan itu mulai merasa bangga dengan pujian yang
diterima. Sorakannya semakin kuat meuar-uarkan betapa indah sekeping hati yang
dimilikinya.
Tiba- tiba, ditengah – tengah keriuhan itu, muncul seorang
tua. Langkahnya perlahan menuju kearah pemuda tampan. Lagaknya, seolah-olah dia
mahu membicarakan sesuatu.
“wahai anak muda, mengapa kulihat mu hamper tidak seindah
hatiku?’ orang tua tersebut bertanya dalam nada suara yang agak lemah tetapi
penuh keyakinan. Orang ramai dan si pemuda mulai berkeliling mengerumini orang
tua.
Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hatinya,
tetapi hati itu dipenuhi luka. Di satu sisi, kelihatan permukaannya
bertampal-tampal/ ada potongan hati yang diambil dan ada potpngan yang lain
dimasukkan kedalamnya, tetapi ia kelihatan tidak berpadanan. Pada satu sudut
yang lain, terdapat pula beberapa tanda patah. Bahkan, di beberapa tempat,
terdapat lubang yang dalam, di mana seluruh bahagian permukaannya telah hilang.
Melihat itu, orang ramai saling berpandangan…
“Bagaimana orang tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya
lebih indah?” fikir meraka. Sementara itu, pemuda tampan tertawa.
“Tentu engkau bergurau., wahai orang tua,” katanya.
“Kalau dibandingkan hatimu dan hatiku, apa yang aku ada ini
adalah sangat sempurna, sedangkan keupayaanmu begitu berantakan dengan
bekas-bekas luka dan air mata,” lanjutnya lagi.
“Ya, memang benar,” tukas si tua penuh kesabaran.
“Keupayaanmu adalah sempurna, namun aku tidak sesekali akan
menukarnya dengan hatimu. Andai saja kau lihat wahai anak muda, setiap bekas
luka dihatiku ini mewakili setiap orang yang telah aku berikan cintaku buat
mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap
kali itu juga mereka memberiku sepotong
dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi keran
potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya,
bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.
“Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka
mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami.” Panjang lebar
bicara orang tua. Si pemuda tampan terpaku mendengar patah perkataannya.
“Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi
orang yang kuberikan potongan hatiku itu tidak memberikan kembali sepotong
hatinya kepadaku. Iniah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau tahu
wahai anak muda, sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan
peluang dan kesempatan. Walaupun bekas robekan itu menyakitkan, ia akan tetap terbuka
lantas mengingatkanku tentang cinta yang aku masih miliki untuk mereka. Dan aku
berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong
kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar ia disisi.
“Nah, sekarang fahamkah engkau tentang kecantikan sejati?” Si
tua mengakhiri kata-katanya.
Pemuda tampan it uterus terdiam. Dia menundukkan kepala
dengan air mata mengalir di pipinya. Dia menghampiri orang tua, mengambil
hatinya yang sempurna, muda dan cantik itu dan merobek keluar satu potongan
darinya. Dia menawarkan potongan tersebut kepada orang tua dengan tangan
gentar.
Si tua itu menerima pemberian tersebut lalu meletakkannya
pada hatinya dan kemudian mengambil pula sepotong dari bekas luka lama di hatinya
dan menempatkannya untuk menutup luka dihati pemuda itu.
Sungguhpun ia sesuai, ia tidak sempurna, kerana ada beberapa
kesan patah. Orang muda itu menatap hatinya yang tidak lagi sempurna tetapi
kini lebih indah daripada sebelumnya, lantaran cinta dari hati orang tua itu
kini mengalir kepada hatinya. Mereka bergandingan dan berjalan bersama
meninggalkan orang ramai yang terus terpaku dengan peristiwa menginsafkan itu.
No comments:
Post a Comment